Friday, 9 December 2011

ADAB BERPAKAIAN

ADAB BERPAKAIAN..
Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.


ADAB BERPAKAIAN

1- Memakai pakaian yang bersih

2- Berdoa ketika hendak berpakaian

3- Memulakan dari anggota kanan

4- Membaca “bismillah” sebelum berpakaian

5- Menanggalkan dari sebelah kiri

6- Menjaga kebersihan pakaian


DOA BERPAKAIAN

بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا هُوَ لَهُ ، وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ وَشَرِّ مَا هُوَ لَهُ


MAKSUDNYA : YA ALLAH!! AKU MEMOHON KEBAIKAN PAKAIAN INI DAN KEBAIKAN YANG DIJADIKAN UNTUKNYA, DAN AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN PAKAIAN INI DAN KEJAHATAN YANG DIPERBUATKAN UNTUKNYA

HUKUM BERPAKAIAN

1- Hukum berpakaian menutup aurat adalah wajib

2- Menutup aurat mengikut hukum syarak ialah :-


BAGI LELAKI
Dari pusat hingga ke lutut




BAGI PEREMPUAN
seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan




CIRI-CIRI PAKAIAN MENGIKUT HUKUM ISLAM
* Sederhana
* Bersih dan kemas
* Mestilah menutup aurat
* Warna yang sesuai dan selesa


JENIS PAKAIAN YANG DIGALAKKAN DALAM ISLAM

Ø DI RUMAH
- Pakaian yang tidak menjolok mata dan sesuai dengan keselesaan di rumah

Ø DI SEKOLAH
- Uniform sekolah, tidak mendedahkan aurat dan mestilah mengikut peraturan berpakaian di sekolah

Ø DI MASJID
- Pakaian yang bersih dan sesuai untuk solat
- Seeloknya memakai bau-bauan

Ø UNTUK BERSUKAN
- Pakaian yang sesuai untuk bersukan dan tidak ketat dan jarang

Ø DI MAJLIS ATAU TEMPAT AWAM
- Berpakaian sopan dan tidak menunjuk-nunjuk



TUJUAN MENJAGA ADAB BERPAKAIAN


1- Dapat mendisiplinkan diri
2- Menjaga maruah
3- Terhindar daripada berlaku maksiat
4- Mendapat pahala dan rahmat ALLAH S.W.T


HIKMAH BERADAB KETIKA BERPAKAIAN

* Kelihatan bersih dan kemas
* Kelihatan sopan dan dihormati masyarakat
* Disukai ALLAH S.W.T
* Melambangkan keperibadian seseorang
* Menjadi muslim atau muslimah yang di contohi


ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim!!

1 comment:

  1. mohon izin copy utk tugasan sekolah...terima kasih

    ReplyDelete